Contact Us
603-3375 7799
Advance Search
English
test
test

Risiko Terdedah Serangan Jantung

30 September 2016

 

handheart

Risiko Terdedah Serangan Jantung

Jantung merupakan organ penting yang mengendalikan pengaliran darah dalam tubuh manusia. Tanpa jantung , organ-organ lain dalam badan manusia tidak akan berfungsi , hal ini kerana jantung membekalkan pengaliran darah ke seluruh organ dalam badan manusia, ia juga membawa sel-sel nutrien seperti hormone dan protein juga oksigen kepada seluruh organ dalam badan sebagai tenaga untuk berfungsi secara sempurna.

Trend semasa menunjukkan golongan muda seawal 25 tahun sudah mengalami penyakit jantung disebabkan gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan tidak sihat. Trend seperti ini boleh dijadikan penyebab utama serangan penyakit jantung.

Serangan penyakit jantung berlaku apabila satu sumbatan pada arteri koronari menyebabkan penghalangan atau pun terputusnya pengaliran darah ke satu bahagian dari jantung. Ini membuatkan jantung kehilangan fungsi dan ini boleh menyebabkan organ-organ lain tidak berfungsi akibat tidak mendapat bekalan darah atau pun tenaga yang cukup.

Serangan jantung boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Sehubungan dengan itu, gaya hidup kalangan orang muda sekarang tidak begitu berdisiplin untuk menjaga kesihatan diri sendiri.  Ia juga memperkukuhkan bahawa, pengamalan gaya hidup sihat dengan cara bersenam, melakukan aktiviti kecergasan dan pengambilan makanan yang sihat merupakan cara yang paling berkesan untuk mengelakan daripada terkena serangan penyakit jantung.

Justeru, masyarakat perlu mengeraskan perubahan sikap dan mentaliti tidak kira lelaki atau perempuan dengan menganjurkan aktiviti atau pun program kesihatan agar, lebih peka dengan situasi yang menyebabkan ramai golongan muda maut akibat penyakit tersebut.

Dr. Shahrul Zuraidi Idris, Consultant Cardiologist & Physician(Mingguan)