Contact Us
603-3375 7799
Advance Search
English
test
test

Sakit Jantung-Hamil

1 September 2016

icon baby

www.iconfinder.com

Sakit Jantung Semasa Hamil

Penyakit jantung semasa hamil adalah penyakit yang jarang sekali berlaku kepada wanita. Ia berlaku semasa hamil atau pun selepas melahirkan bayi.

Ia berlaku disebabkan,semasa ibu hamil pada trimester pertama, isipadu plasma(bendalir) akan meningkat dalam badan. Ini bermakna isipadu darah akan bertambah hingga 40% sehingga minggu ke-28 kehamilan. Kesannya jantung perlu berkerja lebih keras dengan meningkatkan kadar pengepaman darah dan pengeluaran.

Jantung juga perlu bekerja dengan lebih maksimum ketika tahap kedua(bulan ke empat hingga enam) kehamilan dan ketika bersalin. Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah jantung, ia boleh menampung tekanan yang diberikan daripada jantung. Tetapi, sekiranya pesakit tersebut mempunyai penyakit jantung, jantung yang berkerja terlalu kuat mungkin gagal pulih semula. Pesakit mungkin tidak sedarkan diri sehingga jantung boleh berhenti berfungsi.

Oleh itu, ibu/wanita hamil perlu menjalankan pemeriksaan penuh ketika mendaftar di klinik kesihatan untuk menilai keadaan bakal ibu. Ini bagi memastikan sebarang tanda dan simtom kegagalan jantung seperti sesak nafas,sakit dada pada waktu malam,bengkak kedua belah kaki atau kulit kebiruan boleh dikesan lebih awal.

By Dr. Shahrul Zuraidi Idris, Consultant Cardiologist & Physician,( Mingguan Malaysia)