Contact Us
603-3375 7799
Advance Search
English
test
test

Saraf Tangan

25 March 2017

Gangguan saraf tangan?

Saraf tgn photo

Health Liputan6.com

Penyakit Ini sebenarnya sangat umum di khalayak orang ramai ,tetapi ia tidak diambil berat kerana kekurangan ilmu pengetahuan dalam hal sedimikian.

Punca penyebabkan tekanan lorong karpel ini adalah disebabkan daripada patah pada pergelangan tangan, penyakit seperti hipotriodism,  artritis reumatoid, kencing manis  dan  penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang dan  jantung.

Ramai yang mengabaikankan penyakit ini tetapi,  pihak kesihatan dan pakar berkata sekiranya tapak tangan berasa sakit seperti di-cucuk atau kebas, segera berjumpa dengan pakar sebab, sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, otot di telapak tangan akan menjadi lemah dan mengecil seterusnya, kekuatan untuk memegang barang dan mengambil akan terjejas.

Tanda utama sindrom ini adalah terasa seperti dicucuk atau pun renjatan eletrik pada tapak tangan. Rasa sakit serta lemah sehingga benda yang dipegang terjatuh kerana,penyakit ini membabitkan saraf median yang melalui lorong karpal pada pergelangan tangan dan tendon atau urat untuk membolehkan jari berfungsi.

Kerja-kerja yang banyak mengunakan tangan dan dilakukan secara berulang dan secara statik seperti menaip memegang dan bermain telefon dan juga lain-lain lagi. boleh mengakibatkan pergeseran urat (tendon) dalam lorong karpal. Ini boleh menyebabkan tisu bertambah serat dan boleh menyumbatkan pengaliran darah kepada saraf median. Dengan ini, otot pada pangkal ibu jari akan mengecut dan kekuatan ibu jari juga merosot. Ia boleh menghalang pesakit daripada membuat pekerjaan atau rutin harian.

Cara yang paling baik untuk mengurangkan penyakit ini daripada bertambah teruk adalah dengan hentikan aktiviti yang menyebabkan tangan terasa sakit. Selain itu juga, melakukan senaman rengangan juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit dengan mengalirkan pengedaran darah.

Bagaimana sindrom ini boleh dikenal pasti daripada awal? Ia adalah daripada sejarah perubatan yang diambil, ujian fizikal di hospital yang pernah dilakukan, ujian saraf,sinaran x, Ultra bunyi dan ujian MRI. Selain itu jaga ujian darah juga boleh dilakukan. Dan yang paling akhir sekali adalah membuat pemeriksaan pada pakar untuk memeriksa fizikal saraf, Otot dan pengaliran darah pada tangan.

By Dr Ruban Sivanoli, Consultant Orthopaedic, Hand & Microsurgeon (Berita harian-Sihat)