fbpx
Contact Us
603-3375 7799
Advance Search
English
test
test

Ukur BMI Anda

9 August 2018

Mereka yang tidak bertauliah, diangkat sebagai pakar dalam kesihatan hanya kerana mereka memegang tiket pengalaman. Lambakan pelatih kecergasan menjadikan ramai antara pakar diet dan nutrisi tidak mendapat perhatian secukupnya dari umum. Mungkin ada antara mereka yang mengatakan bahawa, pakar-pakar ini boleh menempah nama di arena perubatan, namun tahukah anda bahawa pakar-pakar yang mempunyai pengetahuan dan sedia untuk membantu orang awam lebih tepat kaedahnya dari mereka yang hanya berlandaskan pengalaman dan bahan bacaan sampingan?

 

PAKAR NUTRISI DAN PAKAR DIET?

Adalah baiknya jika anda yang mempunyai masalah berat badan bertemu dengan Pakar Nutrisi atau Pakar Diet. Jangan keliru dengan dua jawatan ini, Pakar Nutrisi dan Pakar Diet keduanya adalah expert di bahagian pemakanan dan nutrisi. Mereka mengkaji bagaimana diet dan pemakanan dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Secara amnya, Pakar Diet adalah profesion yang lebih khusus kerana mereka menerima latihan professional dalam pemakanan dan secara tidak langsung, terlibat dalam diagnosis dan rawatan penyakit dengan membantu merancang makanan untuk menguruskan gejala masalah kesihatan. Sebaliknya, seorang Pakar Nutrisi pula mengajar pelanggannya mengenai khasiat pemakanan dan menumpukan kepada isu tingkah laku makanan pada diri. Secara ringkasnya, Pakar Diet boleh dianggap sebagai Pakar Nutrisi tetapi tidak semua Pakar Nutrisi boleh dianggap Pakar Diet.

Jika pada awalnya tadi penekanan terhadap penurunan berat badan, kami berkesempatan untuk bertanyakan kepada Pakar Diet berkenaan dengan mereka yang mempunyai masalah dalam menambah berat badan. Mungkin penekanan terhadap pengurangan berat badan terlalu meluas sehinggakan mereka yang susah untuk menambah berat badan terabai. Ini suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika dikaitkan dengan berat badan rendah ini.

FAKTOR BERAT BADAN RENDAH

Faktor kekurangan berat badan adalah sangat meluas. Antara factor tersebut adalah faktor genetik, faktor metabolistik, faktor kesihatan ataupun faktor masalah psikologi seperti Anorexia. Sama ada seseorang yang kurang berat badan ingin menambahkan berat badan atau tidak, boleh menjadi satu persoalan lesihatan ataupun pilihan individu untuk meningkatkan penampilan diri atau prestasi bersukan. Adalah sangat bermanfaat jika seseorang individu yang kekurangan berat badan untuk mengamalkan pengambilan protein dan diet tenaga yang tinggi bagi membantu penambahan berat badan manusia.

Makanan yang mempunyai protein yang tinggi:

  1. Daging, Ayam dan Ikan
  2. Telur
  3. Produk tenusu contohnya susu, keju dan yogurt (termasuk jenis soya dan bebas laktosa)
  4. Kekacang
  5. Alternatif daging seperti tauhu atau daging vegetarian

Makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi:

  1. Produk tenusu krim penuh
  2. Marjerin, mentega, berpakaian salad, minyak berasaskan tumbuhan
  3. Krim coklat, es krim, gula-gula, kek
  4. Alpukat

Walaupun pengambilan makanan tenaga tinggi adalah disyorkan, tetapi seseorang perlu berhati-hati mengambilnya terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang sedia ada misalnya diabetes, hyperlipidaemia dan penyakit kardiovaskular. Mereka harus meminimumkan makanan yang mempunyai lemak tepu atau gula yang tinggi dan memilih makanan yang sihat.

TIGA PETUA DIET UTAMA UNTUK MEREKA YANG KURANG BERAT BADAN DAN TIP UNTUK MEMPUNYAI BMI YANG SIHAT

Bagi meningkatkan berat badan yang berkesan, kira-kira 500 hingga 1000kcal (2100 hingga 4200Kj) perlu ditambah kepada makanan harian untuk keperluan tenaga yang dianggarkan mengikut berat badan semasa. Ini bermakna jika individu memerlukan 1500kcal untuk mengekalkan berat badan sekarang, 2000 hingga 2500kcal diperlukan untuk meningkatkan timbangan berat badan. Berikut adalah tiga petua diet untuk membantu mempercepatkan peningkatan kalori yang diperlukan untuk menggalakkan peningkatan berat badan untuk individu yang kurang berat badan.

Petua 1: Makan lebih kerap dengan memakan snek di antara waktu makanan. Cuba memilih snek yang mempunyai protein dan tenaga yang tinggi. Antara snek yang dicadangkan adalah produk tenusu, sandwich dengan pengisian mentega kacang atau telur, ayam, tuna dengan mayonis, alpukat, keju atau kekacang.

Petua 2: Pengambilan makanan secara tetap dengan hidangan yang besar. Orang yang kurang berat badan perlu memberi keutamaan pada waktu makan yang teratur bagi mengelakkan diri daripada tidak makan. Mereka mempunyai sekurang-kurangnya tiga waktu makanan setiap hari belajar untuk makan dengan hidangan yang banyak. Sebagai contoh, makan dengan hidangan protein yang banyak ataupun makan atau minum dengan gelas dan mangkuk yang besar. Sesetengah orang yang kurang berat badan mungkin terbiasa dengan porsi yang lebih kecil, jadi tingkatkanlah hidangan makanan secara beransur-ansur.

Petua 3: Memperkayakan minuman harian anda. Air kosong adalah cecair yang baik untuk penghidratan terapi air kosong tidak mempunyai kalori. Susu adalah asas yang baik untuk minuman siat kerana ia mempunyai protein dan tenaga yang tinggi. Sebagai contoh, menambah susu kepada Milo, Horlicks atau kopi dapat meningkatkan kalori minuman tersebut. Selain itu, jus juga merupakan minuman lain yang menyediakan kalori tambahan dalam pemakanan contohnya-a enam gelas jus oren menambah kira-kira 500kcal kepada pengambilan harian anda.

PENGAMBILAN PROTEIN SHAKE ATAU SUPLEMEN PENAMBAH BERAT BADAN

Suplemen pemakanan seperti Ensure, Nutren Optimum dan Sustagen dilihat berkesan apabila digunakan sebahagian daripada diet berat badan. Suplemen ini boleh dijadikan sebagai tambahan kepada makanan biasa kerana ia adalah berkhasiat, mudah disediakan dan mudah dimakan untuk meningkatkan pengambilan kalori. Suplemen ini boleh diambil bersama makanan ataupun di antara masa makanan.

JENIS SENAMAN YANG PERLU DILAKUKAN

Untuk meningkatkan berat badan, individu yang kurang underweight perlu bersenam untuk membina otot, dengan tumpuan terutamanya pada latihan stamina. Aktiviti fizikal dapat menggalakkan peningkatan berat badan yang sihat dari kedua-dua otot dan lemak dan bukan dari lemak sahaja.

NASIHAT

Sesuatu penyakit boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan berat badan secara mendadak sehingga menyebabkan underweight. Akan tetapi, underweight bukanlah punca kepada sesuatu penyakit. Seseorang yang sihat dalam berat badan semasa mereka (walaupun BMI rendah) boelh memilih untuk tidak meningkatkan berat badan kerana tiada sebab untuk berbuat demikian.

Mereka yang underweight kerana masalah kesihatan atau kekurangan makanan mungkin akan mendapat manfaat daripada diet plan ini. Ia juga sama pentingnya untuk menentukan punca penurunan berat badan dan merawat penyakit yang mendasari. Seseorang yang kekurangan nutrisi boleh menjejaskan organ-organ tertentu dan juga boleh menyebabkan kehilangan tenaga. Selain itu, mereka akan lebih cenderung kepada kecederaan, jangkitan dan imej tubuh yang terdistosi. Anda harus mempertimbangkan berunding dengan doctor atau pakar diet jika anda mengalami penurunan berat badan yang mendadak secara tidak sengaja.

By Ms. Michelle Low Ka Ka, Dietitian Sri Kota Specialist Medical Centre