Search
Close this search box.

Articles

Ewing Sarcoma: Kanser Lazim Kanak-Kanak

Apakah kanser Ewing Sarcoma.

Kanser Ewing Sarcoma adalah kanser yang kebanyakkannya berasal daripada tulang namun ia juga boleh berasal daripada tisu. Bahagian tulang yang kerap berlaku adalah di tulang kaki, tangan, pinggul, tengkorak dan tulang belakang. Tisu-tisu lain yang kerap berlaku pula adalah di dada, tangan, kaki, kepala, leher dan di dalam abdomen. Kanser ini kebiasaanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun ke atas tetapi 30% keberangakalian boleh berlaku pada orang dewasa. Lelaki dua kali lebih tinggi risiko menghidap kanser ini berbanding perempuan. Kanser ini tidak melibatkan penyakit genetik.

Apakah jenis-jenis Ewing Sarcoma.

Kanser Ewing Sarcoma boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Jenis pertama yang kerap berlaku, kanser berasal dari tulang anggota badan terutama tulang paha kaki dan tangan. Namun ia juga boleh berlaku pada tulang pelvis. Jenis kedua mungkin berlaku pada tisu-tisu bersebelahan dengan tulang iaitu tulang rawan dan otot, “Extraosseous Ewing sarcoma”. Jenis ketiga yang jarang berlaku “Peripheral primitive neuroectodermal tumor (PPNET)” iaitu kanser yang berlaku di organ yang menyelaputi tulang iaitu di bahagian saraf bukan di tulang itu sendiri dan “Askin Tumor” sekiranya PPNET berlaku di kawasan tulang dada.

Bagaimanakah cara untuk mengesan jika seseorang menghidap kanser ini / simptom kanser.

Kebanyakan masa pesakit akan mengalami pembengkakan di bahagian tulang tertentu. Pesakit juga boleh mengalami kesakitan dibahagian terlibat namun adakalanya boleh menjadi parah. Kadang-kadang pesakit datang dengan tulang patah secara tiba-tiba atau tidak sengaja semasa melakukan aktiviti biasa tanpa sebarang trauma. 

Benarkah kanser sering menyerang kanak-kanak/siapakah yang lazimnya menghidap

Ya, kanser Ewing Sarcoma ini kebanyakkannya menyerang kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun dan ke atas dan jarang berlaku pada dewasa berumur 30 tahun dan ke atas. Kebanyakan kes berlaku di dalam lingkungan umur 15-18 tahun.

Golongan jantina yang paling ramai menghidap kanser ini.

Golongan lelaki lebih banyak menghidapi kanser ini. Lebih kurang 1.6 kali ganda berbanding perempuan.

Benarkah penduduk Afrika dan Asia lebih ramai menghidap kanser ini dan puncanya.Benarkah ia diwarisi daripada dalam keluarga.

Tidak sama sekali. Penduduk Afrika dan Asia sangat jarang berlaku jika dibandingkan dengan penduduk Caucasian. Penduduk Caucasian insidennya ialah seorang di dalam 1 juta penduduk dalam masa setahun. Kanser ini boleh berlaku apabila gen di dalam badan iaitu di tulang mengalami ketidak stabilan /mutasi dan bertukar menjadi kanser. Perubahan protein pada kromosom 11 dan 22 menyebabkan protein EWS/FLI-1 terlebih di dalam badandan menjadi kanser. Dan jika ditanya mengapa gen ini menjadi tidak stabil, masih belum diketahui dan yang pasti bukan kerana penyakit 

Berapa pantaskah kanser ini merebak dan bahagian tubuh yang terlibat.

Kanser ini selalu lambat di kesan kerana pesakit selalu memandang remeh akanpembengkakan tulang yang tidak sakit. Selain dari itu, kanser ini juga mengambil masa untuk mendapat diagnosis yang tepat di dalam masa yang pendek. Oleh itu, kebanyakan masa pesakit sudah mengalami simptoms lebih dari 3 bulan dan di tambah dengan masa untuk membuat kajian dan mendapat diagnosis kanser tersebut mengambil masa berbulan-bulan. Oleh itu kebanyakan masa pesakit sudah diperingkat yang tinggi dan mungkin sudah merebak. Bahagian tubuh yang selalu kanser ini merebak adalah ke paru-paru. Tetapi tidak mustahil untuk kanser ini merebak ke organ yang lain. Peratusan kanser ini didapati sudah di tahap ke empat pada masa diagnosis adalah lebih kurang 20%. 

Apakah rawatan yang diberi kepada pesakit?

Rawatan yang diberikan adalah pelbagai modality melibatkan banyak bidang kepakaran. Ia merangkumi rawatan kimoterapi pada peringkat awal kemudian disusuli pembedahan pembuangan kanser dan di teruskan lagi dengan rawatan kimoterapi atau radioterapi sekiranya didapati kanser tidak respons begitu bagus pada kimoterapi dan pembedahan yang telah dilakukan. Rawatan akan mengambil masa lebih kurang setahun.

Adakah kemungkinan kanser ini kembali menyerang pesakit.

Peratusan kanser ini akan kembali bergantung pada tahap ia dikesan. Sekiranya pada peringkat awal, rawatan yang di syorkan iaitu kimoterapi , pembedahan dan radioterapi, 70-80% pesakit mampu mencapai status bebas kanser selama 5 tahun. Manakala sekiranya dikesan pada tahap 4, peratusan bebas daripada simptoms kanser atau kanser menjadi lebih teruk sebanyak 20-40% selama 5 tahun.

Apakah faktor pemakanan memainkan peranan penting kepada pesakit yang telah menjalani rawatan.

Faktor pemakanan dengan nutrisi yang seimbang merupakan peranan penting semasa rawatan kimoterapi. Apabila berat badan berkurangan atau nutrien di dalam badan berkurang di sebabkan pemilihan makanan tertentu,ia akan menyebabkan pesakit mendapat kesan sampingan yang berlebihan semasa rawatan kimoterapi.