Patient Guide

Personal Data Protection Act Notice

Our Commitment to Your Privacy

At Sri Kota Specialist Medical Centre, operated by Southern Medicare Sdn Bhd, we are dedicated to protecting your personal data and privacy. This notice provides a summary of how we collect, use, and safeguard your information in compliance with the Personal Data Protection Act 2010. By using our services, you consent to the practices described in our full notice.

Here’s a brief overview of our data protection practices:

  • What Data We Collect: We collect information necessary to provide you with care, which includes your name, contact details, financial information, and security recordings. We also process sensitive personal data, such as your physical or mental health conditions, with your explicit consent.
  • Why We Use Your Data: Your data is essential for us to:
    • Provide you with medical services and manage your treatment.
    • Process payments for services, including for insurance purposes.
    • Communicate with you about your care, our services, and events.
    • Comply with legal and regulatory obligations required by authorities like the Ministry of Health.
  • Ensure the safety and security of our premises.
  • Who We Share Your Data With: We may share your information with trusted third parties when necessary for your treatment and related purposes. These include:
    • Independent consultants and specialists involved in your care at Sri Kota.
    • Other healthcare institutions, whether private or government.
    • Third parties appointed by us, such as auditors, lawyers, and insurance companies.
    • Your employer for pre-employment health screenings.
    • Law enforcement agencies and other relevant government bodies when required by law.
  • Your Rights and Choices: You have the right to access, correct, or update your personal data held by us. You may also limit the processing of your data or withdraw your consent under certain conditions. For any requests or inquiries, you can contact our Data Protection Officer at dpo_srikotamedical@hhq.com.my.

 

For a comprehensive understanding of our data protection practices, please read our full Personal Data Protection Notice.

 

Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, yang dikendalikan oleh Southern Medicare Sdn Bhd, kami komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Notis ini memberikan ringkasan tentang cara kami mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda dianggap telah bersetuju dengan amalan yang dinyatakan dalam notis penuh kami.

Berikut adalah gambaran ringkas mengenai amalan perlindungan data kami:

  • Data Apa yang Kami Kumpul: Kami mengumpul maklumat yang diperlukan untuk memberikan penjagaan kepada anda, yang merangkumi nama, butiran hubungan, maklumat kewangan dan rakaman keselamatan anda. Kami juga memproses data peribadi sensitif, seperti keadaan kesihatan fizikal atau mental anda, dengan persetujuan nyata anda.
  • Mengapa Kami Menggunakan Data Anda: Data anda adalah penting untuk kami:
    • Menyediakan perkhidmatan perubatan kepada anda dan menguruskan rawatan anda.
    • Memproses bayaran untuk perkhidmatan, termasuk untuk tujuan insurans.
    • Berkomunikasi dengan anda mengenai penjagaan anda, perkhidmatan kami dan acara-acara.
    • Mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan.
  • Memastikan keselamatan dan sekuriti premis kami.
  • Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Anda: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga yang dipercayai apabila diperlukan untuk rawatan anda dan tujuan yang berkaitan. Ini termasuk:
    • Perunding dan pakar bebas yang terlibat dalam penjagaan anda di Sri Kota.
    • Institusi penjagaan kesihatan lain, sama ada swasta atau kerajaan.
    • Pihak ketiga yang dilantik oleh kami, seperti juruaudit, peguam dan syarikat insurans.
    • Majikan anda untuk saringan kesihatan pra-penggajian.
  • Agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan-badan kerajaan lain yang berkaitan apabila dikehendaki oleh undang-undang.
  • Hak dan Pilihan Anda: Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda yang kami simpan. Anda juga boleh mengehadkan pemprosesan data anda atau menarik balik persetujuan anda di bawah syarat-syarat tertentu. Untuk sebarang permintaan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dpo_srikotamedical@hhq.com.my.

 

Ini adalah gambaran ringkas. Untuk pemahaman yang komprehensif tentang amalan perlindungan data kami, sila baca Notis Perlindungan Data Peribadi penuh kami.